Monday, October 4, 2010

SEJARAH SEKOLAH

Diberi nama sempena dengan nama Kampung Sungai Tiram.Sebuah perkampungan nelayan terletak di bahagian Tenggara Daerah Manjung. Menurut cerita orang-orang tua di sini kira-kira 100 tahun dahulu sungai di sini telah dinaiki oleh sejenis SIPUT yang bernama TIRAM. Asalnya kampung ini dinamai KUALA.Namun akhirnya dikenali KUALA TIRAM.
                        Dari setahun ke setahun penduduk di sini semakin bertambah. Pekerjaan mereka kebanyakannya masih juga sebagai nelayan.Akhirnya kampung ini dikenali sebagai Kampung Sungai Tiram.Penduduknya pula ada yang bertukar kerja dari nelayan ke pekebun kelapa dan koko.
                        Pada tahun 1929 orang kampung berketurunan Jawa, Melayu, dan Banjar bergotong-royong mendirikan sebuah bangsal panjang beratapkan nipah, berdindingkan tepas dan bertiangkan kayu bakau untuk dijadikan SEKOLAH. Kerja-kerja pembinaan itu diketuai oleh ENCIK ALI. Asalnya sekolah ini dikenali sebagai SEKOLAH MELAYU SUNGAI TIRAM.Mereka juga ada membina sebuah rumah guru.
                        Bangunan sekolah dibina di atas tapak lapang milik kerajaan seluar 3 Hektar. Seramai 40 orang murid didaftarkan mula-mula belajar di sini. Dua orang guru iaitu CIKGU MOHD NOR BIN TAMBI (Guru Besar) dan CIKGU SHAFIE BIN MOHD ALI sebagai guru penolong yang berkhidmat di sini.
                        Sekali lagi penduduk kampong bergotong royong menebang dan menebas belukar yang ada di sekeliling kawasan sekolah untuk dijadikan padang permainan.
                        Pada tahun 1941 kerajaan di bawah Negeri-Negeri Selat telah membina sebuah bangunan besar untuk menggantikan sekolah lama. Bangunan sekolah yang berukuran 78 x 24 kaki persegi beratapkan genting, berdinding dan berlantaikan papan berdiri tersergam indah di tengah-tengah Kampung Sungai Tiram. Menurut cerita orang, ada beberapa orang anak kecil yang mula-mula belajar dalam Darjah Satu sangat takut melihat bangunan sekolah yang begitu hebat pada masa itu.
                                         Di samping bangunan sekolah ini, kerajaan juga membina  dua buah rumah guru. Murid-murid yang belajar semakin ramai dari setahun ke setahun.Penduduk Kampung Batu 10 yang berhampiran juga menghantar anak-anak mereka ke sini untuk belajar. Disebabkan jarak kampong mereka agak jauh mereka berhajat membina sebuah sekolah cawangan di kampong mereka.
            Pada tahun 1974, dengan bantuan PEJABAT DAERAH DINDING (MANJUNG) telah membina sebuah sekolah cawangan sementara di Kampung Batu 10. Penduduk kampong Batu 10 bergotong-royong membina sekolah cawangan tersebut. Malang tidak berbau, pada tahun 1948 sekolah cawangan itu telah dipukul rebut yang kencang. Sekali lagi Pejabat Daerah Dinding memberikan bantuan dan mendirikan semula sekolah tersebut.
            Lama – kelamaan penduduk Batu 10 semakin ramai menghantar anak-anak mereka di sekolah cawangan.Akhirnya mereka sepakat memohon sekolah itu supaya kekal. Di atas persetujuan Jabatan Pendidikan Negeri Perak, maka pada tahun 1960 sekolah cawangan Batu 10 dipisahkan daripada sekolah induk. SEKOLAH UMUM  SUNGAI TIRAM, LEKIR.
Pada tahun tersebut juga adalah dengan rasminya bahawa SEKOLAH UMUM SUNGAI TIRAM tiada lagi cawangannya.

SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SK SUNGAI TIRAM,SITIAWAN

SALAM PERKENALAN DAN SALAM UKHWAH......

SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SUNGAI TIRAM

Salam perkenalan dan Salam Ukhwah....